Selamat datang ke kedai buku online DARULFIKIR!

Program Pengajian Al-Quran (Kanak-kanak) Yuran Bulanan

  • Sale
  • RM250


Sila muat turun borang pendaftaran, isi dan email kepada

emel@darulfikir.com.my:

BORANG PENDAFTARAN

http://darulfikir.com.my/wp-content/uploads/2019/01/BORANG-PENDAFTARAN-KURSUS-DI-AKADEMI-AL-QURAN-DF.pdf


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على محمد الأمين، وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
(خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ “ (البخاري"

“Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya” (HR Bukhari).

 

Sukacita kami maklumkan bahawa mulai 2018, Pusat Iqra’ Antarabangsa Malaysia akan dibuka kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya, untuk mengikuti program pengajian tilawah al-Quran  bermula dari peringkat asas.

Pusat iqra’ ini diuruskan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn Bhd (Darul Fikir), Kuala Lumpur yang merupakan pemegang lesen tunggal yang sah di Malaysia dari Pentadbir Pesaka, Yayasan Tim Tadarus AMM As’ad Humam, Yogyakarta, Indonesia.

Dengan ini, kami menjemput masyarakat Islam di Malaysia yang berminat untuk mengikuti program-program yang kami tawarkan mulai bulan Januari 2018. Di peringkat permulaan, program-program yang kami tawarkan adalah seperti berikut:

 

Program Pengajian Al-Quran (Kanak-kanak)

(Peringkat Iqra’ sehingga Program Khatam Al-Quran)   Tiga(3) kali seminggu X 1.5jam

Program ini dibuka untuk pelajar peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah dari peringkat tanpa asas al-Quran sehinggalah ke peringkat khatam al-Quran.

 

 

PUSAT IQRA’ ANTARABANGSA MALAYSIA

 KUMPULAN DARUL FIKIR SDN BHD

HQ: 329-B, Jalan Abdul Rahman Idris, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Tel: (+6)03-26981636, 26981637   Faks: 03-26928757   E-mel: darulfikir@yahoo.com   Website: www.darulfikir.com.my

Akademi Al-Quran (IQRA’): 158, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

 

Pembelajaran Sepanjang Hayat
* Baca   * Faham   * Amal   * Kongsi