Selamat datang ke kedai buku online DARULFIKIR!

Program Tahsin Al-Quran 1(Tajwid Amali-Asas)

  • Sale
  • RM300


Sila muat turun borang pendaftaran, isi dan email kepada emel@darulfikir.com.my:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على محمد الأمين، وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
(خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ “ (البخاري"

“Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya” (HR Bukhari).

 

Sukacita kami maklumkan bahawa mulai 2018, Pusat Iqra’ Antarabangsa Malaysia akan dibuka kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya, untuk mengikuti program pengajian tilawah al-Quran  bermula dari peringkat asas.

Pusat iqra’ ini diuruskan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn Bhd (Darul Fikir), Kuala Lumpur yang merupakan pemegang lesen tunggal yang sah di Malaysia dari Pentadbir Pesaka, Yayasan Tim Tadarus AMM As’ad Humam, Yogyakarta, Indonesia.

Dengan ini, kami menjemput masyarakat Islam di Malaysia yang berminat untuk mengikuti program-program yang kami tawarkan mulai bulan Januari 2018. Di peringkat permulaan, program-program yang kami tawarkan adalah seperti berikut:

 

  1. Program IQRA’ – Train the trainer (Kursus Jangka Pendek).

Program ini dikhususkan kepada guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar asas bacaan al-Quran menggunakan buku iqra’ seperti guru di Sekolah Kebangsaan(SK), SRA(I), KAFA(I), Pra-sekolah, Pusat Pendidikan al-Quran dll. Namun begitu, masyarakat awam dan ibu bapa yang berminat juga boleh mengikuti kursus ini asalkan mempunyai asas bacaan al-Quran yang baik.

Matlamat Program ini adalah untuk membantu guru-guru untuk memahami dan mengaplikasikan cara cepat belajar membaca al-Quran menggunakan buku dan kaedah iqra’ yang sebenar dan tepat secara terus dari sumbernya supaya matlamat pelajar boleh membaca al-Quran dalam masa yang singkat dapat dicapai, sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat khatam al-Quran dan seterusnya.

 

 

PUSAT IQRA’ ANTARABANGSA MALAYSIA

 KUMPULAN DARUL FIKIR SDN BHD

HQ: 329-B, Jalan Abdul Rahman Idris, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Tel: (+6)03-26981636, 26981637   Faks: 03-26928757   E-mel: darulfikir@yahoo.com   Website: www.darulfikir.com.my

Akademi Al-Quran (IQRA’): 158, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

 

Pembelajaran Sepanjang Hayat
* Baca   * Faham   * Amal   * Kongsi